MPSepang

Selamat Datang Ke Laman Web ‘Smart & Low Carbon City’ MPSepang

Laman Web 'SLCC' @ Smart & Low Carbon City MPSepang dibangunkan bertujuan untuk melaporkan sebarang inisiatif pembangunan bandar pintar, pembangunan bandar rendah karbon yang akhir menjurus kepada pembangunan mampan (Sustainable Development).

Bagi Majlis Perbandaran Sepang, halatuju pembangunan bandar pintar dan rendah karbon dimulakan dengan bandar Cyberjaya selaras dengan usaha-usaha yang diketengahkan oleh Kerajaan Persekutuan ke arah menjadikan Cyberjaya sebagai Hub Technology dan usaha Kerajaan Negeri Selangor yang membangunkan 'Smart Selangor' yang juga ke arah pembangunan bandar pintar (Smart City).

Pada masa ini, web ini di'startup' dan dikemaskinikan secara 'in-house' oleh Jabatan Perancangan Bandar, MPSepang bermula pada awal Julai 2017. Justeru itu, kebanyakan laman atau 'pages' masih lagi di peringkat pembinaan (under construction).