Low Carbon City Smart City

Interview Regarding Initiative Smart & Low Carbon City MPSepang with Ybhg Dato’ Puasa bin Md Taib, President, Sepang Municipal Council

TITLE
SMART CITY & LOW CARBON CITY IN CYBERJAYA

 DATE
15 MAY 2017

INTERVIEW WITH
YBHG DATO’ PUASA BIN MD TAIB

PRESIDENT,
SEPANG MUNICIPAL COUNCIL

 PREPARED BY :
- URBAN PLANNING DEPARTMENT, MPSEPANG
- PUBLIC COMMUNICATION & CORPORATE UNIT, MPSEPANG

COORDINATION BY :
CYBERVIEW SDN BHD

 kita sedia maklum, isu perubahan iklim dan pemanasan global merupakan satu cabaran penting yang perlu ditangani secara bersepadu dan holistik oleh semua pihak. Selain daripada inisiatif pemeliharaan alam sekitar dan kekayaan biodiversiti negara, pelaksanaan dan adaptasi pembangunan lestari atau sustainable development kini menjadi agenda utama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang dinamik serta mampu meminimakan pelepasan karbon.

Disember 2009, semasa Persidangan United Nation on Climate Change Conference 2009 (COP15) di Copenhagen, Denmark, Malaysia telah menzahirkan komitmen untuk mengurangkan pengeluaran karbon sehingga 40% menjelang tahun 2020 berbanding tahun 2005. Putrajaya dan Cyberjaya telah diumumkan sebagai pelopor Bandar Teknologi Hijau oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia semasa ucapan Bajet 2010. Pada Julai 2009, Dasar Teknologi Hijau Negara telah dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Di antara kenyataan dasar adalah ‘Teknologi hijau sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara ke arah pembangunan mampan’

Justeru itu, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) selaku Pihak Berkuasa Tempatan yang mentadbir keseluruhan Daerah Sepang termasuk Cyberjaya telah menyahut cabaran tersebut dan berkolaborasi dengan ‘stakeholder’ di Cyberjaya dan mengambil inisiatif menyediakan ‘Baseline Study’ LCCF (Low Carbon City Framework) pada tahun 2012 yang dibangunkan oleh pihak KeTTHA.

Di peringkat awal, Cyberjaya dikenali sebagai nukleus ICT negara. Bandar ini juga dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang terkini. Selain itu Bandar ini juga akan dijadikan model sebagai Bandar pintar (smart city) yang memberikan penekanan kepada penggunaan teknologi ICT dalam pengurusan bandar yang lebih efisien. Konsep LCCF ini sebenarnya mempunyai perkaitan secara langsung dengan pembangunan ‘Smart City’.

Low Carbon Cities Framework (LCCF) merupakan suatu rangka kerja penilaian atau panduan penilaian dalam pelaksanaan ‘Green Township’. Ia memberi penekanan terhadap aspek penilaian kitaran hidup (Life Cycle Assessment) dan ‘Performance Criteria’ sebagai satu pengukuran yang melibatkan aspek pelepasan gas rumah hijau (GHG). LCCF adalah satu sistem yang mengira tahap pengeluaran karbon berdasarkan penilaian kriteria prestasi yang merangkumi empat (4) elemen di dalam LCCF iaitu Urban Environment, Urban Infrastructure, Urban Transport dan Bangunan.

Kempat-empat sektor ini telah dirumuskan kepada (Low Carbon Cities Framework) atau dikenali sebagai LCCF yang mempunyai 4 elemen seperti berikut :

  1. Persekitaran Bandar (Urban Environment) (UE)
  2. Pengangkutan Bandar (Urban Transport) (UT)
  3. Infrastruktur Bandar (Urban Infrastruktur) (UI)
  4. Bangunan (Buiding)

Dengan kata lain LCCF boleh dilaksanakan sama ada secara pendekatan one-system approach atau city-based approach. Pendekatan One–system melibatkan 1 kriteria di dalam LCCF contohnya sisa buangan atau penggunaan tenaga. Pendekatan City-based melibatkan kesemua 35 sub-kriteria atau sekurang-kurangya 20 sub-kriteria. Dan kaedah pelaksanaan ini adalah bergantung kepada keupayaan setiap PBT dalam melaksanakan LCCF di kawasan masing-masing. Oleh itu pelaksanaan LCCF boleh disesuaikan berdasarkan kapasiti pihak perbandaran atau mengikut keperluan.

 

Menyedari perubahan iklim dunia dan keperluan pembangunan mampan. Pelaksanaan ‘Low Carbon City’ di lihat membantu dalam mengurangkan permasalahan global semasa. Pembangunan mampan yang dimaksudkan di sini adalah pelaksanaan pembangunan yang tidak mengabaikan keperluan generasi akan datang. Usaha ini perlu dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan di pelbagai peringkat agar ia dapat memberikan impak secara langsung kepada kesejahteraan dan persekitaran bandar serta masyarakat secara keseluruhannya. Diantara mekanisme atau pendekatan yang diambil oleh pihak MPSepang adalah seperti berikut :

  1. Kawalan Pembangunan

Pihak MPSepang melalui Mesyuarat OSC (One Stop Centre) telah mensyaratkan kepada pihak Pemaju supaya melaksanakan inisiatif hijau semasa memberikan kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan. Di Cyberjaya, terdapat 11 bangunan yang telah mengemukakan cadangan kearah penarafan bangunan berstatus hijau (Green Building).

  1. Pelaksanaan Local Agenda 21

Selaras dengan arahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya semua Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan Program Local Agenda 21 ke arah mewujudkan pembangunan mampan, pihak Majlis telah menggunakan ‘platform’ LA21 ini untuk melaksanakan inisiatif hijau seperti berikut :

a) Program Kitar Semula
Pada penghujung Januari 2017, Majlis Perbandaran Sepang telah menerima pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai "First Local Authority to Use Biodiesel Formulation for Aedes Fogging". Bahan itu dikenali Aedes Bio Based Fuel (ABBF) menggunakan bahan kitar semula yang dihasilkan daripada minyak masak yang dikitar semula untuk tujuan bioediesel. Usaha pembasmian tempat pembiakan nyamuk aedes kini telah menjadi sebahagian rutin pihak berkuasa tempatan di seluruh negara. kita pastinya telah melihat pelbagai usaha digerakkan pihak berkuasa tempatan dan bermacam cara juga telah dilakukan bagi menghapuskan secara total pembiakan nyamuk aedes sejak berdekad lalu. Selama berdekad juga kebanyakkan pihak berkuasa menggunakan ubat pencegah lama sehinggalah tercetusnya penemuan baharu menggunakan bioteknologi ini. Program ini dilaksanakan dengan kolaborasi antara sektor kerajaan (MPSepang, FRIM), orang awam (peniaga-peniaga) dan syarikat yang menguruskan program kitar semula minyak masak.

b) Mewujudkan Hutan Bandar Cyberjaya
Pengwujudan Hutan Bandar Cyberjaya ini merupakan salah satu komitmen daripada pelbagai pihak ke arah pemuliharaan alam sekitar dan mengurangkan pelepasan karbon. Program ini juga merupakan salah satu inisiatif hijau bagi mengekalkan perubahan suhu khususnya di Cyberjaya.

Pokok merupakan talian hayat yang penting bagi menangani perubahan cuaca dan peningkatan suhu muka bumi kerana ia menjadi jentera hijau yang menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen melalui proses fotosintesis. Satu pokok yang matang dapat menyerap 20.3 kg karbon dioksida setahun untuk jangka hayat selama 40 tahun. Manakala, aktiviti penghasilan oleh setiap individu adalah 9,000 kg setahun. Jika jangka hayat pokok selama 100 tahun, maka setiap individu perlu menanam 9 pokok untuk menyerap karbon dioksida yang dihasilkan melalui aktiviti harian.

Hutan Bandar Cyberjaya dilancarkan sejak tahun 2009 sempena hari Perancangan Bandar Sedunia melalui ‘Pledge & Plan a Tree Programme’ yang bertemakan ‘Contribute Towards Carbon Free Environment'. Dilaksanakan dengan kerjasama 'Malaysian Institute of Planners' (MIP). Sebanyak 1,500 pokok di tanam semasa program, sehingga kini hampir 1,800 pokok telah ditanam dan kesemua 99 penyumbang pokok tersebut adalah daripada syarikat-syarikat swasta di Cyberjaya, agensi-agensi kerajaan dan orang perseorangan. Keluasan Hutan Bandar Cyberjaya : 9.67 ekar dan penyelenggaraan : Jabatan Landskap, MPSepang. Inventori pokok dilaksanakan dengan kerjasama FRIM.

Bagi perancangan akan datang, konsep Hutan Bandar Cyberjaya ini akan dilengkapi dengan kemudahan berikut :

  • Adminstration Centre (Office & Meeting Room, Cafe, Gallery, Surau, Toilet/Shower/Changing),
  • Family Park (Playground, cycling track, health farm),
  • Active Zone (Mini extreme, flying fox, paint ball, junior paint ball, mountain bike, abseiling),
  • Nature Adventure (jogging, resting hunt, viewing tower).

 
c) TABAS (Tapak Bina Sejahtera)
Bagi memastikan tahap kebersihan ke atas tapak bina, MPSepang telah melaksanakan garis panduan TABAS dan mengiktiraf kontraktor-kontraktor yang berjaya mematuhi garispanduan tersebut. Antara Objektif TABAS adalah :-

  1. Mengawal setiap kawasan tapak bina
  2. Mewujudkan suasana tapak bina yang selamat, bersih dan sejahtera serta meningkatkan kualiti pengurusan tapak bina yang lebih baik
  3. Memberi penarafan dan pengiktirafan kepada pengurusan tapak bina yang baik


d) Skim Teknologi Hijau (Skim Rebat Cukai Taksiran) MPSepang untuk Bangunan Komersil
Pihak Majlis juga telah melaksanakan Skim teknologi hijau MPSepang pula merupakan rebat cukai taksiran sebanyak 5% kepada pemilik bangunan yang mendapat penarafan hijau oleh badan-badan professional.


e) Penyediaan Blueprint / Pelan Tindakan Bandar Pintar & Rendah Karbon Cyberjaya 2025 (Smart & Low Carbon City Blueprint for Cyberjaya 2025)
Pihak MPSepang bekerjasama dengan pihak KeTTHA, Greentech Malaysia, MIP dan ‘stakeholder’ khususnya penyediaan ‘Baseline Report’ untuk Cyberjaya. ‘Baseline information’ bagi Bandar Cyberjaya berasaskan data tahun 2011 dan 2012 telah siap dan berdasarkan kepada analisa daripada LCCF (Low Carbon Cities Framework) yang dibangunkan oleh pihak KeTTHA menunjukkan bahawa pada masa ini Cyberjaya berjaya mengurangkan 20 peratus intensiti karbon. Pengukuran ini di buat oleh Pihak Greentech Malaysia iaitu satu badan atau agensi di bawah KeTTHA.

Pihak Majlis juga dalam proses kajian bagi penyediaan Pelan Tindakan Kajian Bandar Pintar dan Rendah Karbon bagi bandar Cyberjaya untuk tempoh 2025. (Cyberjaya : Smart & Low Carbon City Blueprint 2025). Kajian ini disediakan dengan kerjasama perunding daripada APUDG (AJM Planning & urban Design Sdn Bhd) yang dilantik oleh pihak Majlis pada Disember 2016 dan kajian ini akan berakhir pada 17 Ogos 2017.

Cyberjaya dikenali dengan bandar ICT dan selaras dengan itu, pihak Majlis bersama-sama dengan pihak berkepentingan di Cyberjaya akan melaksanakan projek yang berasaskan ICT. Diantaranya pelaksanaan yang telah dilaksanakan dilaksanakan di Cyberjaya adalah seperti berikut :

  • Smart HOME SECURITY (Home Automation, Home Security) : Dilaksanakan melalui Symphony Hills Sdn Bhd / UEM Sunrise.
  • Smart BUILDING (Green Buildings)
  • Smart PARKING (Smart Parking @ Flexi Parking) oleh Majlis Perbandaran Sepang dengan kerjasama Suasa Efectik Sdn Bhd.

Manakala pelaksanaan yang akan datang dan menjadi hasrat MPSepang adalah seperti berikut :

  • Smart WASTE
  • Smart COMPLAIN
  • Smart LESEN
  • Smart FACILITIES
  • Smart ECONOMY (Cyberjaya eJob Portal, Global Business Services Centre, Connected Community, Digital Retail Lifestyle, Open Data)
  • Smart DIGITAL SIGNAGE (Hyperlocal Adverising, City Info Kiosk, Interactive Map, Screen, Floors, Projections, etc)
  • Smart TRANSPORTATION (Electric Vehicles, Smart Signal Control, Traffic Information, Parking Information, Illegal Parking Detection)
  • Smart STREET (Public Surveillance, Smart Bench, Mobile Community and Tourist Info, LED mood lighting)
  • Smart URBAN INFRASTRUCTURE (Underground Facility Identification, Water-pipe Monitoring, Streetlighting Monitoring)
  • Smart BUILDING (Solar Panels, Intelligent Building System, In-Building Communication Network, Smart Office and Business Solutions)

Melalui mekanisme ini dapat membantu mengimbangi pembangunan fizikal di Cyberjaya kearah kualiti hidup yang lebih kondusif.

 

Cabaran pembangunan Cyberjaya telah bermula sejak 20 tahun yang lalu dan Cyberjaya telah dirancang sebagai bandar berteknologi tinggi atau bandar IT / ICT. Infrastruktur yang disediakan berkeupayaan untuk menjadi bandar yang boleh dikategorikan sebagai ‘Smart City’ sama ada mengikut standard atau KPI STI (Standard Telecomunication International) atau lain-lain KPI. Keunikan bandar Cyberjaya adalah kerana terdapatnya pelbagai Multi Nasional Company (MNC) yang bertarafkan ICT / IT.

Di samping itu, ‘Smart City’ dan ‘Low Carbon City’ mempunyai elemen yang tersendiri dan ia berfungsi sebagai ‘tools’ kearah menjadikan bandar tersebut berdaya maju dan berdaya huni dan seterusnya dapat menjadikan masyarakat pintar (‘smart people’/ smart community) atau ‘smart nation’ berdasarkan kepada penggunaan sumber sediada yang minima. Tools ini dilihat berfungsi sebagai panduan yang akan mengalakkan pihak-pihak berkepentingan untuk menilai semula keutamaan mereka dalam perancangan dan pembangunan projek-projek baru dan sedia ada merangkumi strategi dalam mengurangkan tahap pelepasan karbon.

Justeru itu, bagi memastikan SLCC (Smart & Low carbon City) ini dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, maka pihak majlis telah mengambil inisiatif untuk menyediakan satu dokumen yang dikenali sebagai ‘Smart & Low Carbon City Blueprint 2025’. bagi memberikan panduan kepada pihak pemaju, kontraktor-kontraktor pembinaan, perunding profesional yang terdiri daripada perancang bandar, jurutera, arkitek, arkitek landskap, syarikat-syarikat serta jabatan-jabatan teknikal di peringkat daerah dan seterusnya mewajibkan kepada semua pihak yang berkepentingan untuk mematuhi elemen dan kriteria yang telah ditetapkan.

NO.DOMAININISIATIFKETERANGAN INISIATIFTARIKH PERANCANGANNAMA PEGAWAIJABATAN / BAHAGIAN / UNITALAMAT EMAIL
1Pengurusan Sisa Pepejal Aedes Bio Based Fuel (ABBF)Maklumat terperinci sila klik link berikut :
http://invest.mpsepang.gov.my/pelancaran-ydp/
2016Encik Kuzaini HamidonKesihatan & Persekitarankuzaini@mpsepang.gov.my
2PembangunanSmart ParkingDulu dikenali sebagai Flexi Parking MPSepang2016YM Raja Zulhelmi bin Raja SalehPerbendaharaan / Kewanganzulhelmi@mpsepang.gov.my
3Pembangunane Aduane Aduan2017Unit Korporat & Perhubungan Awamafra@mpsepang.gov.my