Format Pelan Permohonan

Garis Panduan ini juga menetapkan format pelan permohonan di peringkat Kebenaran Merancang. Format pelan ini meliputi beberapa perkara seperti:

Petunjuk Elemen Pembangunan Mampan

  • Pelan permohonan kebenaran merancang perlu menunjukkan elemen GPPMS di atas pelan.
  • Setiap elemen yang ditujuk perlu disertakan PETUNJUK ELEMEN GPPMS sama ada dalam bentuk simbol atau garisan.
  • PETUNJUK ELEMEN GPPMS perlu ditunjukkan di atas pelan sama ada di bahagian ‘Tittle Block’ atau di dalam ruangan pelan.

Jadual Penyediaan Elemen Pembangunan Mampan

  • Pelan permohonan kebenaran merancang perlu menunjukkan maklumat elemen GPPMS di dalam pelan.
  • Maklumat yang perlu ditunjukkan adalah seperti:
    – Jarak
    – Luas
    – Bilangan Unit/Objek
  • Elemen yang perlu diperincikan oleh jabatan teknikal lain seperti Jabatan Kejuruteraan tidak perlu menunjukkan bilangan dan jarak