Perlaksanaan program ‘Car Free Day’ khususnya dilihat amat signifikan dengan Cyberjaya sebagai pelopor bandar hijau serta menjadi model kepada bandar-bandar lain. Cadangan ’Car Free Day’ ini merupakan salah satu Pelan Tindakan Kajian Reka Bentuk Bandar Cyberjaya dan telah distrategikan sebagai ’Quick Win’ di dalam Pelan Tindakan Bandar Pintar & Rendah Karbon Cyberjaya 2025 / Cyberjaya : Smart & Low Carbon City 2025 Action Plan. Pihak Majlis Perbandaran Sepang komited untuk melaksanakan program ini bermula tahun 2018 dan berterusan pada tahun-tahun akan datang.
OBJEKTIF HARI BEBAS KENDERAAN CYBERJAYA
- Menggalakkan individu mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap kenderaan persendirian
- Menggalakkan inidvidu menggunakan pengangkutan awam, berbasikal dan berjalan kaki ;
- Menggalakkan gaya hidup yang sihat dikalangan masyarakat di Cyberjaya dengan melakukan aktiviti beriadah dan mewujudkan persekitaran bandar yang vibrant
- Mengurangkan kadar pelepasan karbon di Cyberjaya dan mewujudkan kesedaran dikalangan masyarakat serta penglibatan daripada pelbagai pihak ;
Kepada Semua Sektor Swasta / Profesional yang menyumbang secara langsung / signifikan dalam pembangunan Di Cyberjaya
Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’/Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN DAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA HARI BEBAS KENDERAAN @CYBERJAYA [CAR FREE DAY @CYBERJAYA] SETIAP BULAN MINGGU KEDUA BAGI TAHUN 2018
Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bersama Stakeholder di Cyberjaya telah bersetuju untuk menetapkan Program CAR FREE DAY@CYBERJAYA setiap bulan pada minggu kedua (2) pada ketetapan berikut :
Tarikh :
SETIAP BULAN MINGGU KEDUA
(Perubahan tarikh akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa)
Masa :
7.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI
Tempat :
SEPANJANG PERSIARAN SEMARAK API, CYBERJAYA
Dalam hubungan ini, pihak Y.Bhg.Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk mengambil maklum terhadap penutupan jalan tersebut dan program CAR FREE DAY @CYBERJAYA yang dianjurkan.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Bhg.Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai berikut :
Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang
Tel : 03-8319 0373 (DL)
(u/p : Raja Shamin bin Raja Naguib)
Faks : 03-83204500
e-mel : smartsepang@gmail.com
Pihak Majlis Perbandaran Sepang sedang menjalankan Kajian Keberkesanan Program ‘Hari Bebas Kenderaan @Cyberjaya’ (Car Free Day @Cyberjaya). Sila Klik DI SINI bagi tujuan kaji selidik tersebut.