Skim Rebat Cukai Teknologi Hijau MPSepang

Skim Teknologi Hijau, Majlis Perbandaran Sepang merupakan rebat cukai taksiran kepada pemilik bangunan atau pemaju hartanah yang telah berjaya mendapat pengiktiraf terhadap bangunan yang dibina khususnya akredtasi bangunan berstatus Hijau samada oleh (GBI, LEEDS dll) di kawasan Pentadbiran MPSepang;

Skim ini dicadangkan dilaksanakan sejak ahun 2014 dan telah dilancarkan semasa Seminar Sepang ke Arah Pembangunan Mampan dan Pertumbuhan Hijau pada 26 November 2013 (Selasa) di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Skim Teknologi Hijau, MPSepang bertujuan mempromosi gaya hidup penduduk yang mesra alam selaras dengan komitmen Majlis untuk berkolaborasi dengan stakeholder / pihak berkepentingan untuk menjadikan Cyberjaya sebuah bandar rendah karbon dengan intensiti pengurangan karbon sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020 ;
Skim ini merupakan salah satu insentif MPSepang bagi menggalakkan pihak pemaju dan pihak yang berkepentingan melaksanakan elemen hijau khususnya di bandar Cyberjaya dan Daerah Sepang amnya.

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Teknologi Hijau merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut :

1) Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran ;

2) Pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah dan sifar ;

3) Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan ;

4) Menjimatkan tenaga dan sumber asli ;

5) Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

a) Mengurangkan kadar peningkatan guna tenaga dan meningkatkan pembangunan ekonomi ;

b) Membantu pertumbuhan dalam Industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangan ekonomi Negara ;

c) Meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan daya saing di peringkat antarabangsa ;

d) Memastikan pembangunan mampan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang ;

e) Meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam serta amalan hijau melalui penggunaan produk Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan secara meluas.

REBAT CUKAI TAKSIRAN KEPADA PEMILIK BANGUNAN BERSTATUS HIJAU (GBI, LEEDS DLL)
Syarat-syarat untuk menyertai Skim Teknologi Hijau MPSepang ini adalah seperti berikut :

# Skim ini ditawarkan kepada pemilik bangunan yang telah diiktiraf sebagai bangunan Hijau (Green Building Indexs (GBI), GreenPass – SEDA Malaysia, GreenMark, LEEDS dll);

# Skim ini hanya ditawarkan kepada pemilik hartanah perniagaan@Enterprise di Daerah Sepang dan hendaklah tidak mempunyai tunggakan cukai taksiran dengan Majlis.

# Rebat cukai taksiran untuk pemilik bangunan berstatus Hijau adalah sebanyak lima (5) peratus ;

# Permohonan hendaklah dikemukakan dengan borang yang disediakan oleh Majlis dan tuntutan hanya akan diluluskan setelah diperakui oleh Majlis.

# Dokumen berikut hendaklah dikemukakan bersama Borang Permohonan:-
1) Salinan Cukai Taksiran terkini
2) Salinan Sijil Penarafan Bangunan Hijau (GBI, LEEDS dll)
3) Salinan sijil pendaftaran syarikat yang didaftarkan oleh SSM
4) Salinan Bil Elektrik terkini 3 Bulan
5) Salinan Bil Air terkini 3 Bulan
6) Salinan Kad Pengenalan (jika perlu)

Bagi tujuan penilaian, pemilik hendaklah bersetuju supaya salinan dokumen yang diperlukan dikemukakan dan membenarkan lawatan dibuat oleh Majlis bagi tujuan penyemakan dan pengesahan, sekiranya perlu.

Kelulusan rebat akan dimaklumkan menerusi surat, SMS atau e-mel dan keputusan Majlis adalah muktamad ;

Majlis berhak meminda, menambah ataupun memberi kelonggaran ke atas syarat-syarat yang ditetapkan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

KRITERIA PENILAIAN REBAT CUKAI TAKSIRAN KEPADA PEMILIK BANGUNAN BERSTATUS HIJAU (GBI, LEEDS DLL)

Rebat cukai Skim Teknologi Hijau (STH) ini terbuka kepada pemilik bangunan yang mempunyai persijilan Hijau sahaja Pemohon perlu mengisi borang LCC1 dan disertakan dengan sijil bangunan hijau untuk permohonan Rebat ini.

Banyak alat telah dibangunkan dan sedia digunakan untuk mengelaskan dan memberikan taraf kepada sesebuah bandar hijau. Ini termasuklah Kepimpinan dalam Tenaga dan Reka Bentuk Alam Sekitar (Leadership in Energy and Environmental Design atau LEED) oleh USGBC, Green Mark dan Green Star serta Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index atau GBI) oleh Malaysia. Alat ini sebahagian besarnya merupakan alat berasaskan kriteria yang menganugerahkan status bandar hijauā„¢ kepada sesebuah bandar ;

Sistem penarafan oleh GBI ini adalah secara sukarela. Sistem penilaian GBI ini menggunapakai kriteria penilaian bangunan seperti berikut :

a) Energy Efficiency (EE) ;
b) Indoor Environmental Quality (EQ) ;
c) Water Efficiency (WE) ;
d) Pengurusan dan perancangan tapak (SM) ;
e) Sumber dan bahan (MR) ; dan
f) Inovasi (IN).

PEMAJUAN PERMOHONAN SKIM TEKNOLOGI HIJAU (REBAT CUKAI TAKSIRAN KOMERSIL) KHAS UNTUK PEMAJU HARTANAH BAGI BANGUNAN BERSTATUS HIJAU DI KAWASAN PENTADBIRAN MPSEPANG

Sila isi borang beserta dokumen-dokumen yang diperlukan kepada :

Yang DiPertua,
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG,
Persiaran Semarak Api, Cyber 1,
63200 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Pengarah,Jabatan Perancangan Bandar)
T : 03-83190373 / 841
F : 03-83204500
E : smartsepang@gmail.com
E : smart@mpsepang.gov.my

Skim Teknologi Hijau MPSepang yang telah dibentangkan semasa ā€˜Seminar Sepang Towards Green Growth & Sustainable Developmentā€™ pada 23 November 2016. Ringkasan Skim ini adalah seperti di pautan berikut :Ā 01 MSEPANG LCCF Introduction

Sila klik link berikut untuk maklumat terperinci berhubung mekanisma pemprosesan, permohonan dan pelaksanaan.Ā CARTA ALIR PERMOHONAN SKIM TEKNOLOGI HIJAU MAJLIS PERBANDARAN SEPANG