Low Carbon City MPSepang

Memohon Ulasan Draf Laporan Akhir Bagi Kajian Pengangkutan Awam di Daerah Sepang / Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) oleh Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS)

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) telah melantik Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) bagi menyediakan Kajian Pengangkutan Awam Di Daerah Sepang / Kawasan Pentadbiran, Majlis Perbandaran Sepang.  

Untuk makluman jua, pihak MITRANS telah mengemukakan Draf Laporan Akhir kepada pihak MPSepang dalam bentuk ‘Softcopy’ (format PDF) pada 8 Ogos 2020. Draf Laporan Akhir beserta Ringkasan Eksekutif tersebut boleh di muat turun di laman web smart.mpsepang.gov.my. Sila Klik Imej Laporan di Bawah untuk Muat Turun (Download)

Justeru itu, jasa baik pihak tuan/puan adalah di pohon untuk mengemukakan ulasan ‘Draf Laporan Akhir’ kepada Pihak Urusetia secara Online samada melalui Form LEAVE A REPLY di Bawah atau emel berikut : transport.mpsepang@gmail.com dalam tempoh 1 minggu atau selewat-lewatnya pada  24 Ogos 2020 (Isnin).

Kerjasama tuan/puan didahului Dengan ucapan terima kasih.

Draf Laporan Akhir
Final Report (Draft)

Ringkasan Kajian
(Executive Summary)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *