MPSepang

Memohon Ulasan & Pandangan Terhadap Laporan Interim Kajian Pengangkutan Awam di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang oleh MITRANS

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) telah melantik Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) bagi menyediakan Kajian Pengangkutan Awam Di Kawasan Pentadbiran, Majlis Perbandaran Sepang bermula pada 10 Januari 2020 hingga 10 April 2020. Walaubagaimanapun, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) / Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, pihak MPSepang secara dasarnya telah mempertimbangkan untuk menangguhkan dan melanjutkan tempoh kajian ini sehingga Jun 2020.

Untuk makluman jua, pihak MITRANS telah mengemukakan Laporan Interim kajian kepada pihak MPSepang dalam bentuk ‘Softcopy’ (format PDF) pada 5 Mei 2020 melalui emel. ‘Laporan Interim’ tersebut boleh di muat turun di laman web smart.mpsepang.gov.my. (Sila Klik Imej Laporan Untuk Muat Turun)

 Dalam hubungan ini, selaras dengan arahan PKPB, pihak MPSepang mengemukakan ‘Laporan Interim’ tersebut kepada pihak tuan/puan melalui emel. Selain itu, laporan tersebut juga boleh diperolehi daripada laman web smart.mpsepang.gov.my. Justeru itu, jasa baik pihak tuan/puan adalah di pohon untuk mengemukakan ulasan dan pandangan terhadap ‘Laporan Interim’ yang dikemukakan melalui emel : transport@mpsepang.gov.my dan emel : transport.mpsepang@gmail.com dalam tempoh 2 minggu atau selewat-lewatnya pada 8 Jun 2020 (Isnin).

Kerjasama didahului Dengan ucapan terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *