SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN
1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
2. Yuran penyertaan adalah PERCUMA
3. Penyertaan secara BERKUMPULAN (3 ORANG)
4. Ketiga-tiga peserta hendaklah menamatkan larian TRIOS OBSTACLE RUN @BAGAN LALANG (3KM & 6 Halangan) untuk layak menerima Medal dan Sijil Penyertaan.
5. Peserta perlulah memakai pakaian yang sensual untuk aktiviti halangan (Kering, Basah dan Berpasir)
6. Peserta bertanggungjawab ke atas tahap kesihatan masing-masing
7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap risiko kemalangan semasa program dijalankan
8. Pendaftaran peserta bermula pada pululam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi
9. Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan TRIOS OBSTACLE RUN @BAGAN LALANG dan kembalikan borang kepada pihak penganjur sebelum atau pada 13 Ogos 2018 (Isnin). Pihak penganjur boleh membatalkan penyertaan jika syarat-syarat di atas tidak dipatuhi.
10. Pihak penganjur berhak meminda start-syarat dan persatuan di atas dan peserta hendaklah mematuhi kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan.
PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN
EN AIRURIZAT / PUAN HEDA / PUAN NORAFZAN : 03-83190370
Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’/Tuan/Puan,
PERTANDINGAN ‘TRIOS OBSTACLE RUN @BAGAN LALANG’ SEMPENA PESTA PANTAI 2018
Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) telah membuka penyertaan bagi pertandingan ‘TRIOS OBSTACLE RUN @BAGAN LALANG’ Sempena PESTA PANTAI 2018 anjuran Majlis Perbandaran Sepang yang berlangsung pada ketetapan berikut :
Tarikh :
18 OGOS 2018 (SABTU)
Masa :
6.30 PAGI
Tempat :
PANTAI SEPANG, BAGAN LALANG, DAERAH SEPANG
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Bhg.Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai berikut :
Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang
Tel : 03-8319 0373 (DL)
Faks : 03-83204500
Sekian, terima kasih.