Deskripsi Seminar

ATURCARA SEMINAR KEARAH PEMBANGUNAN MAMPAN @SEPANG

  1. Menggalakan individu, pemaju, para professional serta komuniti dan pelbagai pihak berkepentingan mengamalkan amalan pembangunan mampan
  2. Meningkatkan pemahaman mengenai ‘Garis Panduan Pembangunan Mampan @Sepang’ (GPPMS) yang merupakan satu (1) dokumen perancangan untuk memandu dan mengawal pembangunan fizikal dengan mengambilkira elemen Bandar Selamat, Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon di seluruh Daerah Sepang.
  3. Meningkatkan pemahaman terhadap pemakaian OSC 3.0 PLUS dikalangan perunding, pemaju dan pemilik hartanah di daerah Sepang.
  4. Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengekalan ekosistem semulajadi untuk mengatasi masalah yang timbul daripada perubahan iklim dunia (climate change)
  5. Meningkatkan kesedaran dalam kepentingan penjagaan ‘Urban Trees’ bukan untuk ‘asthetic values’ sahaja tetapi untuk ‘functional values’ seperti untuk serapan karbon dan mengurangkan ‘mental stress’.
  6. Meningkatkan kesedaran kepada individu, komuniti, syarikat pembinaan alat permainan kanak-kanak, pemantau, syarikat pemaju perumahan, syarikat hartanah, perunding dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap kepentingan rekabentuk kawasan dan alatan permainan kanak-kanak dari aspek Keselamatan anak-anak terutama untuk mengelakkan kecederaan kepada mereka.
  1. Agensi-agensi Kerajaan daripada peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan
  2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  3. Sektor swasta yang menyumbang secara langsung dan signifikan dalam pembangunan di Daerah Sepang iaitu Pemaju, Syarikat Hartanah dan lain-lain.
  4. Perunding Profesional seperti Jururancang Bandar, Arkitek Landskap, Arborist, Jurutera, Akitek, ‘Urban Designer’, ‘Hardscape’, ‘Playground Designer’.
  5. Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan
  6. Kontraktor-kontraktor Landskap
  7. Persatuan / Pertubuhan Profesional (MIP, ILAM, PArM, PSAM, PAM, LAM, CIDB, BEM dan lain-lain.
  8. Pembekal peralatan permainan kanak-kanak (Playground)
  9. Pihak Akademia dan Pelajar-pelajar