BENGKEL CSLC 2025

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE BENGKEL PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR DAN RENDAH KARBON CYBERJAYA 2025 (Cyberjaya : Smart & Low Carbon City Blueprint 2025) Siri 2 (Akhir)

Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah Karbon Cyberjaya 2025 (Cyberjaya : Smart & Low Carbon City Blueprint 2025 ) siri 2 (Akhir) bersama dengan pihak–pihak berkepentingan di Cyberjaya dan agensi yang berkaitan akan diadakan seperti berikut :

Tarikh :           
3 OGOS 2017 (KHAMIS)

Masa :           
8.00 PAGI – 1.00 PETANG

Tempat :           
HOTEL MARRIOT PUTRAJAYA, 
IOI RESORT CITY,

(Bilik Wisma Putra)

Bagi persediaan bengkel dan maklum balas awal, bersama-sama ini disertakan Surat Jemputan, Agenda Bengkel, dan ‘Interim Report’ dll. Dokument tersebut boleh di ‘muat turun’ ke ‘device’ masing-masing. Pihak urusetia tidak menyediakan ‘hardcopy’ dan hanya menyediakan ‘soft copy’ sahaja.

Untuk makluman juga, bengkel ini merupakan siri akhir dalam penyediaan kajian ini, Justeru itu, kerjasama dan kehadiran pihak Y.Bhg.Dato’/tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

  Sekian.

“INTEGRITI AMALAN SAYA

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 Saya yang menurut perintah,

(DATO’ PUASA BIN MD TAIB) DPMS, SIS, KMN, AMS, PPT
Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Sepang

s.k :

Timbalan Yang DiPertua,
Majlis Perbandaran Sepang

Note : This is a computer-generated document. No signature is required.