Deskripsi Seminar ‘Smart City@Sepang’

TENTATIVE | ATURCARA

Sila klik ‘Icon’ di bawah sekiranya anda ingin mencetak Risalah | Brosur Seminar. Pendaftaran Secara Online dan Pembayaran  Online (Payment Gateway Billplz) juga disediakan.

Pembangunan bandar pintar berorientasikan pembangunan teknologi hijau yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara didapati telah berjaya membantu mengurangkan pengeluaran karbon, kesan pulau haba (urban heat island) dan mewujudkan kualiti persekitaran hidup dan suasana yang lebih baik. Semua pembangunan ini perlu disokong dengan infrastruktur dan masyarakat pintar dengan penyediaan lebih banyak kawasan/ruang hijau, memanfaatkan sumber semula jadi dengan efektif,  sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui, menggunapakai konsep 3R (reduce, reuse dan recycle) dalam aktiviti harian dan sebagainya. Justeru itu, MPSepang memfokuskan kepada pelaksanaan ‘Green Building’, Recycle, Cooling dan Smart City atau IoT (Internet of Thing) khususnya di Cyberjaya selaras dengan penarafan sebagai Bandaraya ICT / Hub ICT serta di daerah Sepang amnya.

1. Menggalakkan individu, pemaju dan para profesional  serta pelbagai pihak berkepentingan melaksanakan pembangunan yang mengintegrasikan teknologi maklumat dan IOT (Internet of Things) selaras ke arah mewujudkan budaya pintar dan amalan hijau ke arah Bandar Pintar &  Rendah Karbon ;
2. Menggalakkan pembinaan bangunan dengan menekan ciri-ciri elemen pintar dan hijau serta mendapat pengiktirafan bangunan hijau
3. Menggalakkan amalan pintar dan hijau dengan penggunaan peralatan bertaraf hijau dan menjimatkan elektrik (bertaraf 5 bintang) ;
4. Memperakui kerangka kerja dan mengintegrasikan kerangka bandar rendah karbon yang dibangunkan oleh KeTTHA dan pelaksanaan ‘Smart City’ / Smart State yang telah dibangunkan oleh MBI ;

1.Pegawai dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang
2.Jabatan Teknikal, Agensi Kerajaan/ Badan Berkanun
3.Sektor swasta/profesional yang menyumbang secara langsung / signifikan dalam pembangunan di Daerah Sepang (Pemaju, Syarikat, Perunding Profesional seperti Jururancang Bandar, Jurutera, Arkitek, Arkitek Landskap)
4.Kontraktor-kontraktor pembinaan
5.Persatuan/Pertubuhan Profesional (MIP, PAM, ACEM, LAM,  LJT, BEM, REHDA dll)
6.Kontraktor Pengurusan Sisa Pepejal