
Borang Online
Kategori Komuniti
Persatuan Penduduk/ KRT (Berdaftar ROS), JMB/MC berdaftar dengan Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Sepang
Borang Online
Kategori Sekolah
Sekolah Menengah atau Sekolah Rendah khususnya di Daerah Sepang Sahaja
Risalah (Brochure)
AKS2020
Risalah / Flyer / 'Brochure' Penyertaan Anugerah Kebun Komuniti @Sepang (AKS2020)
Panduan Penyediaan
Laporan
Struktur Laporan Kebun Komuniti @Sepang (AKS2020)
'BENCHMARKING' / CONTOH 'SLIDE' / LAPORAN / PELAN TINDAKAN KEBUN KOMUNITI
KepadaĀ Semua Persatuan Penduduk / Komuniti dan Sekolah-Sekolah Di Daerah Sepang
Y.Bhg. Datoā/Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI ANUGERAH KEBUN KOMUNITI @SEPANG (AKS2020),Ā
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Sepang akan menganjurkan Anugerah Kebun Komuniti @Sepang (AKS2020)Ā secara kolaborasi bersama Persatuan Lestari Alam Malaysia yang mana ini Selaras dengan āLocal Agenda 21ā yang menuntut penglibatan sektor kerajaan, Penduduk dan Sektor swasta/NGO. Selain itu, ia juga selaras dengan SDG (Sustainable Development Goals) / Matlamat Pembangunan Mampan khususnya Matlamat 2 (Goal No.2 : Zero Hunger) dengan penghasilan lebih banyak makanan melalui pertanian walaupun berskala kecil.
Idea AKS2020 ini juga merupakan susulan pandemic Covid-19 dan diharapkan aktiviti ini dapat sedikit sebanyak membantu komuniti setempat susulan pergerakan yang terbatas. Di samping itu, Anugerah Kebun Komuniti @Sepang (AKS2020) ini merupakan galakan daripada pihak MPSepang (PBT) untuk menggalakkan komuniti dan Sekolah (melalui Pendidikan) mengenai kaedah serta pemerkasaan pengetahuan bagi menghasilkan kebun komuniti masing-masing dan harapan supaya dapat menjana ekonomi sendiri.
AKS2020 pada masa ini melibatkan dua (2) kategori iaitu kategori Komuniti dan Komuniti Sekolah (Sekolah Rendah & Sekolah Menengah) dan menawarkan hadiah Wang tunai kepada Kategori Komuniti dan Input pertanian kepada Kategori sekolah. Input pertanian yang dimaksudkan di sini adalah seperti benih, baja, infrastruktur, peralatan, khidmat nasihat dan latihan kepada sekolah dan komuniti. Melalui peranan Rakan Kolaborasi seperti Persatuan Alam Lestari Malaysia (NGO), pihak PBT (MPSepang) akan cuba melibatkan peranan sektor swasta khususnya dalam menjayakan Kebun Komuniti @Sepang yang berskala besar. Selain itu, melibatkan Gerak Kerja LA21 (Ekonomi) melalui peranan Jabatan Perlesenan dan Pengurusan Penjaja, MPSepang bagi membantu usahawan-usahawan atau petani-petani kecil untuk memasarkan produk pertanian masing-masing secara berpusat atau secara online. AKS2020 ini boleh dikemukakan secara online dan perincian syarat penyertaan boleh diperolehi di Laman web : http://smart.mpsepang.gov.my atau di Laman web dan Facebook MPSepang.
ANUGERAH KEBUN KOMUNITI @SEPANG (AKS2020) Majlis Perbandaran Sepang yang julung kali diadakan ini boleh dirujuk perincian penyertaan di risalah (Brochure) yang disediakan. Borang penyertaan adalah secara Online selaras dengan Norma Baharu.
Tarikh Tutup Penyertaan :
30 NOVEMBER 2020
Dalam hubungan ini, pihak Y.Bhg.Tan Sri/Datoā/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai Anugerah ini. Ā Sila isi Borang OnlineĀ yang telah disediakan dan ‘Upload’ laporan Kebun Komuniti yang telah dilaksanakan di Kawasan masing-masing untuk penilaian. Sila kemukakan kepada pihak Urusetia dengan kadar segera
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Bhg.Tan Sri/Datoā/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai berikut :
Encik Mohd Adham Bin Hj Mahmood,
Penolong Pengarah,
Bahagian Pengangkutan dan Pembangunan Mampan,
Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang
Tel : 03-8319 0373 (Talian Terus)Ā
Encik Ibnu Walid bin Zaaba,
Penolong Pegawai Perancang Bandar,
Unit Local Agenda 21, Bahagian Pembangunan Mampan,
Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang
Tel : 03-8319 0200 samb : 282 ATAU Ā 011-37070458
e-melĀ : la21sepang@gmail.comĀ | la21@mpsepang.gov.my
e-melĀ : Ā http://smart.mpsepang.gov.my
Sekian, terima kasih.