- IKLAN SEWAAN TAPAK PERKUBURAN BAGI TUJUAN AKTIVITI PERTANIAN SECARA FERTIGASI UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, BULAN OGOS 2023
- 24 OGOS 2023 HINGGA 30 SEPTEMBER 2023
Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan pihak Majlis Perbandaran Sepang ingin mempelawa pengusaha -pengusaha kebun/pertanian sekitar daerah Sepang untuk mengusahakan tapak perkuburan bersepadu dengan keluasan 7 ekar bagi Tujuan Aktiviti Pertanian Secara Fertigasi.
Pihak Tuan/Puan perlu mengembalikan borang yang lengkap diisi dengan cadangan kertas kerja aktiviti pertanian fertigasi kepada Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang selewatnya pada 30/9/2023.
Segala terma dan syarat boleh merujuk kepada iklan yang disertakan.
Terima Kasih.