‘Green Transportation’ bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon melalui penggunaan kenderaan elektrik. Penggunaan awam juga membantu dengan mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan bermotor individu.
Hentian Bas
Syarat Umum
– Lokasi penyediaan di kawasan pembangunan baru atau sediada:
a. Jalan utama 100′
b. Pusat komersial / pusat tumpuan awam
c. Kawasan kemudahan awam dan institusi
– Jarak bergantung kepada keperluan jabatan teknikal yang terlibat.
– Rekabentuk hentian bas sila rujuk Contoh Rekabentuk Hentian Bas di bawah.
Ciri-ciri Hentian bas
a. Menggunakan lampu LED
b. Mempunyai panel solar
c. Mempunyai ruang sudut papan informatif
d. Mengambil kira keperluan OKU (Universal Design)
e. Mempunyai ‘CCTV cable point’.
Stesen 'Charger EV'
Syarat Umum
- Digalakkan dibina di lokasi seperti berikut:
a) Kelab Komuniti
b) Taman Rekreasi
c) Stesen Minyak
d) Kawasan Rehat & Rawat
Tempat Letak Basikal
Syarat Umum
- Digalakkan dibina di lokasi seperti berikut:
a) Kawasan komersial
b) Taman Rekreasi
c) Kemudahan Komuniti
d) Bersebelahan stesen bas