COMMITTEE

MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, ‘LOCAL AGENDA 21’ DAN PEMBANGUNAN MAMPAN, 
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 
(TAHUN 2015 – TAHUN 2021)

Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat dan Jawatankuasa Local Agenda 21, Majlis Perbandaran Sepang  telah dijadikan sebahagian daripada Jawatankuasa Kecil di bawah Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan). Mesyuarat ini perlu bersidang sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.

Sebelum ini Mesyuarat Jawatankuasa Program Bandar Selamat  dan Mesyuarat Jawatankuasa Local Agenda 21 dijalankan secara berasingan. Walaubagaimanapun, bermula Oktober 2016, Dua (2) Jawatankuasa ini digabungkan menjadi satu (1) Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 dan Pembangunan Mampan, Majlis Perbandaran Sepang. Skop dan Bidang Tugas Jawatankuasa ini juga telah diperluaskan meliputi aspek keselamatan Jalan Raya, aspek pembangunan Teknologi Hijau, ‘Smart City’ dan ‘Low Carbon City’. Keputusan di dalam Mesyuarat ini akan diperakukan di Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Sepang bagi membolehkan setiap projek, program dan inisiatif yang dilaksanakan dapat diperakukan dalam konteks perundangan khususnya di bawah Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan).

Bandar Selamat merupakan salah satu program yang telah dirangka oleh pihak Kementerian dengan kerjasama PBT bagi memastikan kawasan yang didiami berada dalam keadaan selamat. Bandar Selamat mempunyai 15 langkah Program Bandar Selamat yang perlu dilaksanakan. Di antara inisiatif atau langkah Bandar Selamat ini seperti pemasangan CCTV, pengasingan laluan pejalan pejalan kaki daripada laluan bermotor bagi pencegahan kes jenayah ragut, bebas halangan dan lain-lain lagi.

Local Agenda 21 (Agenda 21) merupakan program yang telah dikerangkakan oleh United Nations Organisation (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) bagi mengadakan aktiviti setempat mengikut keperluan Komuniti / penduduk setempat secara bersama sektor swasta dan agensi kerajaan khususnya berkaitan aktiviti alam sekitar mampan, ekonomi mampan dan sosial mampan. Sebagai contohnya, pihak swasta mengeluarkan kos dan aktiviti dilaksanakan oleh masyarakat setempat, manakala pihak PBT atau agensi kerajaan akan bertindak sebagai badan penyelaras.

 Manakala Pembangunan Mampan merupakan aktiviti yang berkaitan secara langsung dengan SDG (Sustainable Development Goals) yang mana mempunyai 17 Matlamat pembangunan mampan. Diantara aktiviti yang berkaitan dengan SDG ini adalah seperti aktiviti Bandar Rendah Karbon dan memastikan karbon di dalam kawasan perbandaran dapat dikurangkan dan seterusnya pembangunan yang berdayahuni.

 

AGENDA MESYUARAT

AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT