PERTANDINGAN PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK DAN AIR

Kepada  Semua Penduduk Di Daerah Sepang

Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’/Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN JIMAT TENAGA ELEKTRIK & AIR
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dengan sokongan Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau Negeri Selangor akan menganjurkan Pertandingan Penjimatan Tenaga Elektrik dan Air Majlis Perbandaran Sepang nermala pada ketetapan berikut :

Tempoh Penyertaan :
Julai 2018 hingga 10 Disember 2018

Dalam hubungan ini, pihak Y.Bhg.Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini.  Sila isi Borang Pendaftaran yang telah disediakan dan kemukakan kepada pihak Urusetia dengan kadar segera

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Bhg.Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai berikut :

Encik Mohd Adham Bin Hj Mahmood,
Penolong Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang
Tel : 03-8319 0373 (DL) 

Puan Norhedawati binti Zainuddin,
Penolong Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang
Tel : 03-8319 0200 samb : 843

Faks   : 03-83204500
e-mel  : smartsepang@gmail.com

Sekian, terima kasih.

 SYARAT-SYARAT

  1. Pertandingan ini terbuka kepada penduduk di dalam kawasan pentadbiran Majlis Pebandaran Sepang sahaja.
  2. Setiap pemilik kediaman, hanya boleh menghantar satu penyertaan dan satu kategori kediaman sama ada rumah sesebuah, rumah berkembar, rumah teres atau berbilang tingkat (contoh : Pangsapuri, kondominium, Apartmen, Flat sahaja).
  3. Penyertaan ini memerlukan maklumat bil elektrik dan air bagi bulan Julai 2018 hingga November 2018. Peserta perlu mengisi maklumat selengkap di dalam borang yang disertakan samada secara manual atau online. Pemohon digalakkan mengemukakan permohonan secara online. 
  4. Dokumen berikut hendaklah dikemukakan bersama-sama Borang Penyertaan:-
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan Bil Elektrik – Bulan Julai 2018 hingga November 2018
    • Salinan Bil Air – Bulan Julai hingga November 2018
  5. Pemilihan kriteria pemenang adalah berdasarkan jumlah penjimatan, pengurangan tertinggi penggunaan elektrik dan air serta disokong oleh pembuktian penggunaan perkakasan dan peralatan teknologi hijau ;
  6. Setiap calon pemenang akan dihubungi oleh pihak urusetia dan pihak Urusetia berhak untuk mendapatkan bil-bil asal sebagai tanda pengesahan.
  7. Pemenang dimaklumkan menerusi surat ataupun dalam satu majlis penyampaian yang akan dianjurkan (sekiranya ada).
  8. Pihak penganjur berhak untuk meminda, menambah ataupun memberi kelonggaran ke atas syarat-syarat yang ditetapkan tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu.
  9. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  10. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Disember 2018 (Isnin) sebelum atau pada jam 12.00 tengahari.
  11. Borang penyertaan boleh disi secara manual atau online. Borang penyertaan manual dan online boleh di akses daripada laman web rasmi http://www.mpsepang.gov.my/ATAU web : http://smart.mpsepang.gov.my. Bagi borang yang dikemukakan secara manual, di pohon untuk dikemukakan ke alamat berikut :

Urusetia,
Bahagian Teknologi Hijau dan Pembangunan Mampan,
Jabatan Perancangan Bandar
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
Persiaran Semarak Api, Cyber 1,
63200 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
No. Tel : 03–8319 0373 (DL) | 03-8319 0200 ext : 843
Web : http://smart.mpsepang.gov.my
Emel : smartsepang@gmail.com