Registration Smart City@Sepang Seminar

Kepada  Semua Sektor Swasta / Profesional yang menyumbang secara langsung / signifikan dalam pembangunan di Daerah Sepang
– Pemaju-Pemaju Perumahan
– Syarikat / Stakeholder / IPTS
– Perunding Profesional (Jururancang Bandar, Arkitek, Jurutera, Arkitek Landskap)
– Kontraktor-Kontraktor Pembinaan
– Kontraktor-kontraktor Pembersihan & Pengurusan Sisa Pepejal
– Persatuan / Pertubuhan Profesional (MIP, PAM, ACEM, LAM, LJT, BEM, REHDA, dll)

Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE SEMINAR ‘SMART CITY@SEPANG’ DAN PELANCARAN PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR DAN RENDAH KARBON CYBERJAYA 2025 (Cyberjaya : Smart & Low Carbon City Action Plan@Blueprint 2025)

Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dengan sokongan Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau Negeri Selangor dan ‘Low Carbon Cities & Sustainability Centre (LCCSC), Malaysian Institute of Planners (MIP) akan menganjurkan Seminar ‘Smart City @Sepang’ dan pelancaran ‘Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah Karbon Cyberjaya 2025’ pada ketetapan berikut :

Tarikh :
28 NOVEMBER 2017 (SELASA)

Masa :
Seminar : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
Perasmian :  9.40 Pagi – 10.15 Pagi
8.00 PAGI – 1.00 PETANG

Tempat :           
CYBERVIEW RESORT & SPA, CYBERJAYA

Dalam hubungan ini, pihak Y.Bhg.Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai ’Seminar “Smart City@Sepang’ Dan Pelancaran ‘Pelan Tindakan Bandar Pintar Dan Rendah Karbon Cyberjaya 2025’.  Sila isi Borang Pendaftaran yang telah disediakan dan kemukakan kepada pihak Urusetia dengan kadar segera

Seminar ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM250.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Lima Puluh Sahaja) bagi setiap peserta. Bayaran penyertaan boleh dibuat secara tunai ATAU ’online’ melalui akaun Maybank : 5624 4160 3633 ATAU cek atas nama KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.  Bayaran di pohon selewat-lewatnya pada 24 November 2017 (Jumaat).

Bersama-sama ini juga disertakan ‘Borang Pendaftaran’ dan ‘Aturcara’ yang boleh di muat turun di laman web berikut http://smart.mpsepang.gov.my. Bahan-bahan Seminar seperti ‘Booklet’ dan ‘Report (Softcopy)’  akan diedarkan semasa Seminar & Majlis Pelancaran tersebut. 

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Bhg.Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai berikut :

Encik Mohd Adham Bin Hj Mahmood,
Penolong Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang
Tel : 03-8319 0373 (DL) |  019-3640540

Cik Norfarhana binti Mohd Nor, 
Penolong Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang
Tel : 03-8319 0200 samb : 843 | 011-20862511

Encik Mohd Zaki bin Hj Ansor,
Pegawai Tadbir (Audit) merangkap Bendahari,
Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Perbandaran Sepang
Tel : 03-8319 0343 (DL) |  012-2610857

Faks   : 03-83204500
e-mel  : smartsepang@gmail.com

Bersama-sama ini disertakan salinan aturcara seminar tersebut dan borang pengesahan kehadiran untuk rujukan dan tindakan selanjutnya daripada pihak YBhg Tan Sri/ Dato’/Datin/Tuan/Puan jua.

Sekian, terima kasih.

“MEMBANGUN BANGSA MEMAKMURKAN NEGERI”

“INTEGRITI AMALAN SAYA

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 Saya yang menurut perintah,

(DATO’ PUASA BIN MD TAIBDPMS, SIS, KMN, AMS, PPT
Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang
merangkap Penaung Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Sepang

s.k :

Tuan Muhammad Hafiz bin Shaari, AMS
Timbalan Yang DiPertua
Merangkap Pengerusi, Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Perbandaran Sepang