Aturcara Seminar

Kepada  Semua Sektor Swasta / Profesional yang menyumbang secara langsung / signifikan dalam pembangunan di Daerah Sepang
– Pemaju-Pemaju Perumahan
– Syarikat / Stakeholder 
– Perunding Profesional (Jururancang Bandar, Arkitek, Jurutera, Arkitek Landskap, Arborist)
– Kontraktor-Kontraktor
– Persatuan / Lembaga / Pertubuhan Profesional (MIP, LBPM, PASM, PArM, PAM, LAM, ILAM, BEM, CIDB dll)

Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE SEMINAR KEARAH PEMBANGUNAN MAMPAN @SEPANG

Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan menganjurkan Seminar Kearah Pembangunan Mampan @Sepang pada ketetapan berikut :

Tarikh : 
10 DISEMBER 2019 (SELASA)

Masa :
Seminar : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
Perasmian :  9.20 Pagi – 10.00 Pagi
Lawatan Tapak : 2.00 Petang – 4.30 Petang

Tempat :           
CYBERVIEW RESORT & SPA, CYBERJAYA

Dalam hubungan ini, pihak Y.Bhg.Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai ’Seminar Pembangunan Mampan @Sepang.  Sila isi Borang Pendaftaran yang telah disediakan dan kemukakan kepada pihak Urusetia dengan kadar segera

Seminar ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM250.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Lima Puluh Sahaja) bagi setiap peserta. Bayaran penyertaan boleh dibuat secara tunai ATAU ’online’ melalui akaun Maybank : 562441603633 ATAU cek atas nama KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.  Bayaran di pohon sebelum Seminar berlangsung atau selewat-lewatnya pada 10 Disember 2019 (Selasa) ATAU Klik DISINI Untuk Bayaran secara online.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Bhg.Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai berikut :
1) Arboriculture / Landscape / Playground : 03-83190200 ext : 371 (Norafzan) | 846 (Cik Syiqin) | 101 (LAr Ruhaila) :
2) Garis Panduan Pembangunan Mampan @Sepang / GPPMS : 03-83190373 (En Adham) | 03-83190371 (Puan Rozeta)
3) Pelaksanaan OSC 3.0 : 03-83190200 Ext : 548 (Encik Irwan) | 288 (Puan Zakiah)
FLYERS, Sila layari laman web : http://smart.mpsepang.gov.my